Imigresen FC tetap pasukan yang terbaik, tekad kembali mengejar di Stadium Hang Jebat

347

Imigresen FC (IFC) gagal mencatatkan kemenangan pada perlawanan separuh akhir pertama Liga M3 2022 selepas tewas tipis di tangan pasukan PIB FC dengan jaringan 2-1.

Namun, kekalahan ini tidak memberi kesan yang besar terutamanya kepada pengurus pasukan, Mohd Iqmal Haqimie yang tetap berpuas hati dengan persembahan pemainnya.


Kita kena kekalkan momentum untuk pegang bola sepenuhnya serta pemain perlu menjaringkan gol untuk memastikan kemenangan pasukan.

Pasukan Imigresen FC tetap yang terbaik untuk saya,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Tambahan pula, jaringan minit akhir yang berjaya diperoleh menerusi sepakan penalti terus membakar semangat para pemain yang dilihat menunjukkan kebangkitan pada penghujung perlawanan.

IFC perlu memanfaatkan situasi ini bagi membolehkan mereka layak ke peringkat akhir seperti yang disasarkan sebelum ini.

“Kami ada satu kelebihan gol, jadi tunggu dan lihat apa yang bakal Imigresen FC lakukan pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Hang Jebat.

Pemain perlu bermain habis-habisan sebagai penutup terbaik untuk Liga M3.”

Ketua jurulatih, Mat Zan Mat Aris tidak akan membiarkan para pemainnya untuk terus berduka dengan kekalahan di perlawanan pertama.

Sebaliknya, mereka akan menggunakan tempoh persiapan yang ada untuk memperhalusi kelemahan pasukan yang menjadi punca utama kepada kekalahan malam ini (4 September).

Tidak dapat dinafikan, perlawanan lebih dikuasai oleh pasukan PIB FC seawal minit pertama menerusi percubaan bertali arus yang berjaya diselamatkan oleh penjaga gol IFC yang beraksi cemerlang.

Kebangkitan hanya berjaya ditunjukkan menuju ke penghujung perlawanan namun sedikit terlambat untuk pasukan IFC menyamakan kedudukan.

“Memang kita akan kembali mengkaji kekuatan pasukan lawan, jadi kita akan perbaiki mana-mana yang perlu diperbaiki sebelum perlawanan.

Kita akan cuba perbaiki terutama sekali dari segi bertahan, pada perlawanan kedua kita akan menambahbaik di bahagian tersebut.” Kata Mat Zan.

Kekurangan ini perlu segera diperbaiki bagi membolehkan mereka memberi saingan yang lebih sengit di perlawanan kedua.

Selain pertahanan, barisan serangan IFC juga perlu mempertingkatkan ketajaman mereka di hadapan gawang.

Sepanjang 90 minit perlawanan, bahagian hadapan pasukan gagal menyudahkan beberapa peluang yang telah terhidang.

Aksi penjaring terbanyak liga, Firdaus Azizul selaku penyerang utama akan terus ditagih bagi membolehkan pasukan IFC melakukan comeback.

“Taktikal permainan kita sudah ada hanya tinggal pemain-pemain sahaja yang perlu menjalankan tanggungjawab yang diberikan.”

IFC akan melayani kunjungan PIB FC di Stadium Hang Jebat yang dijadual pada 11 September ini.