Lionel Messi terus unggul dalam FIFA 23, 11 pemain EPL dalam senarai 23 pemain terbaik

1,107

EA Sports baru sahaja mengeluarkan rating bagi 23 pemain terbaik dalam franchise terbaru permainan video elektronik, FIFA 23.

Ia menyaksikan terdapat beberapa perubahan besar yang berlaku kepada nama-nama besar permainan itu


Lima pemain berkongsi status sebagai pemain dengan rating tertinggi iaitu Lionel Messi, Kylian Mbappe, Karim Benzema, Robert Lewandowski dan Kevin De Bruyne dengan 91 markah.

Ini merupakan kali kelima berturut-turut Messi diberi penghormatan sebagai pemain dengan rating tertinggi.

Seteru utamanya pula, Cristiano Ronaldo berada satu markah di belakang (90), turun satu markah daripada ratingnya musim lalu.

Ini merupakan rating paling rendah buat Ronaldo sejak FIFA 2011, yang menyaksikan beliau mendapat 87 markah.

Benzema merupakan pemain dengan peningkatan paling tinggi, naik ke posisi nombor satu musim ini berbanding 14 musim lalu.

Antara 23 pemain yang diumumkan tersebut, 11 pemain adalah mereka yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), lima daripada La Liga, empat daripada Ligue 1 dan tiga daripada Bundesliga.

Arsenal adalah satu-satunya kelab dari ‘big six’ EPL yang tidak mempunyai wakil dalam senarai itu.

FIFA 23 bakal menjadi siri terakhir yang menampilkan kolaborasi FIFA dan EA Sports selepas kedua-dua pihak tidak mencapai kata sepakat mengenai hak penggunaan nama badan induk bola sepak itu.

Selepas ini, permainan bola sepak EA Sports akan dikenali sebagai EA Sports FC yang akan dilancarkan bermula tahun depan.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen