Pencari bakat JDT terus aktif, giliran ubi Terengganu FC Muhammad Muslihuddin Atiq jadi sasaran

3,452

Selepas menunjukkan aksi memberangsangkan pada kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) baru-baru ini, pemain sayap Terengganu FC II, Muhammad Muslihuddin Atiq Mat Zaid dilaporkan telah beradar dalam radar Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.


Berdasarkan lama Transfermarkt, pemain berusia 21 tahun itu mempunyai kontrak sehingga 30 November ini jadi JDT boleh menyambar pemain itu kira-kira dua bulan saja lagi.

Perkara ini membuktikan bahawa JDT sentiasa cuba untuk mengesan bakat-bakat di seluruh neara bagi memperkuatkan lagi pasukan mereka.

Sebelum ini, pengesan bakat kelab itu juga pernah dilihat berada dalam sebuah kejohanan bola sepak bawah umur Yakult Global Challenger (YGC) Cup 2022 – Zon Utara.

Perkara ini harus dicontohi oleh pelbagai lagi kelab supaya lebih banyak bakat-bakat muda mampu dicungkil sejak kecil.

Sekiranya JDT berjaya menyambar Atiq, ia merupakan satu aset yang besar buat kelab itu kerana pemain itu sememangnya mempunyai bakat besar.

Pemain lincah itu seorang yang versatil, boleh beraksi di kedua-dua sayap kiri dan kanan.

Dalam kejohanan Sukma baru-baru ini, beliau berjaya menjaringkan tiga gol sehingga membantu pasukan itu  muncul juara.

Menurut Wan Sukairi, pemain itu masih belum membuat keputusan mengenai tawaran itu tetapi kemungkinan besar prospek bermain di peringkat Asia untuk salah satu kelab terbesar di Asia Tenggara sudah pasti sukar ditolak.