‘Warga asing’ dipilih Pengarah Teknikal FAM?

281

Turun padang dan bekerjasama dengan pengarah pembangunan kelab serta negeri.

Itu pesanan bekas ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, B. Sathianathan ketika ditanya tentang tugas Pengarah Teknikal Persatuan Bola Speak Malaysia (FAM) yang baharu.


Sathianathan berkata, Pengarah Teknikal itu perlu memainkan peranan yang penting ke atas semua pasukan yang bernaung di bawah FAM.

“Saya dengar FAM dah lantik seorang pakar dari luar negara cuma mereka belum dedahkan.

“Jadi, jika Pengarah Teknikal itu orang asing, beliau perlu turun padang sehingga ke peringkat kelab dan negeri. Baru beliau tahu masalah yang kita hadapi dan cuba atasinya.

“Beliau tidak boleh hanya duduk di pejabat. Saya yakin Datuk Ong Kin Swee dan Presiden FAM (Datuk Hamidin Mohd Amin) sudah menyiapkan kertas kerja untuk hala tuju membangunan bola speak negara

“Beliau perlu meneruskan falsafah yang telah dibuat ini kerana sudah tentu beliau mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan,” katanya .

Kim Swee melepaskan jawatan sebagai Pengarah Teknikal FAM selepas hampir sembilan bulan mengemudi unit penting itu sejak Januari 2021.

Beliau mengambil keputusan itu selepas mendapat tawaran membimbing pasukan Liga Super, Sabah FC.

Sebelum ini, beberapa nama dikaitkan untuk mengisi jawatan Pengarah Teknikal yang dikosongkan oleh Kim Swee.

Antara calon disebut-sebut adalah Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Saad Ichachelene.

Pemilihan Saad sebagai Pengarah Teknikal FAM dibuat berdasarkan kepada pengalaman luasnya di peringkat pembangunan sama ada di luar negara mahupun tempatan.

Kriteria yang ditetapkan itu perlu merangkumi kemampuan individu terbabit untuk mengenali ‘budaya’ bola sepak Malaysia.

Jawatan Pengarah Teknikal bagi sesetengah kelab di Eropah telah diwujudkan sejak sekian lama. Peranan pengarah teknikal ini sangat penting selagi ia tidak mengganggu tugas jurulatih utama terhadap pasukan senior.

Sathianathan berkata, seseorang yang dilantik ke jawatan ini selalunya diberi tugas utama untuk membangunkan program di peringkat akar umbi seperti pemain bawah umur.

Pengarah Teknikal akan dibantu sepasukan jurulatih yang bertauliah untuk menjayakan program pembangunan pemain muda seperti di akademi bola sepak.

Oleh itu, peranan pengarah teknikal akan menentukan corak pemain yang bakal dihasilkan oleh sesebuah akademi bolas epak.

Jika seseorang beliau mengamalkan falsafah bolasepak yang positif, maka akan lahirlah generasi pemain yang positif.

Pemain-pemain muda akan diperkayakan dengan pelbagai ilmu teknik dan taktik semasa berguru di bawah kelolaan Pengarah Teknikal ini.

Struktur Latihan perlu tersusun termasuk mengambila kira semua aspek untuk membangunkan seseorang pemain muda.

Jika semua Persatuan Bola Sepak Negeri mempunyai Pengarah Teknikal dan jabatan yang diketuainya tersusun serta lengkap, Malaysia mampu menghasilkan pemain yang berkualiti untuk bersaing di Liga Super.

Pemain-pemain yang berkualiti ini akan bersaing dan menghasilkan kelompok yang besar untuk dipanggil ke skuad kebangsaan. 

FAM dan Persatuan Bola Sepak negeri wajib memiliki Pengarah Teknikal untuk kesinambungan berterusan kecemerlangan bola sepak negara.