Jangan risau Kedah, ‘Guard of Honour’ untuk JDT mungkin hanya akan dilakukan pada perlawanan terakhir menentang Sabah FC di SSI

2,526

Sehari dua ini kecoh di media sosial mengenai isu ‘Guard of Honour’ selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali kesembilan walaupun masih berbaki empat perlawanan.

Ramai yang mengharapkan JDT akan mendapat tanda penghormatan ‘Guard of Honour’ apabila bertandang ke Stadium Darul Aman menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC).


Ketua jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak dalam satu temubual bersama Harimau Malaya semalam telah menyatakan bahawa pasukannya bersedia sekiranya diarahkan untuk berbuat demikian oleh Malaysian Football League (MFL).

Disebalik ‘permusuhan’ yang berlaku di antara kedua-dua pasukan terutamanya membabitkan dua figura besar iaitu Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhamad Sanusi bin Md Nor dan pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris, Aidil berkata pasukannya profesional dan sedia beri penghormatan pada juara liga.

Aidil bagaimana berkata sehingga semalam pihaknya masih lagi belum menerima sebarang arahan daripada pihak MFL berhubunga perkara itu.

Bagaimanapun difahamkan penghormatan ‘Guard of Honour’ itu berkemungkinan besar tidak akan berlaku pada perlawanan malam ini sebaliknya mungkin akan dilakukan pada perlawanan terakhir JDT nanti.

Menurut sumber dalaman kepada Harimau Malaya, JDT mungkin akan menerima penghormatan itu pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 15 Oktober ini yang mana mereka juga dijadualkan akan menerima trofi Liga Super pada malam tersebut.

Apa-apa pun kita tunggu saja 15 Oktober nanti dan sekali lagi tahniah buat pasukan Harimau Selatan yang berjaya mencipta sejarah baru sebagai pasukan paling lama memegang tahkta Liga Super.