Selepas terlibat dalam futsal, JDT boleh ikut jejak Selangor FC pula dalam memperkasakan bola sepak wanita

753

Tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan bola sepak di negara ini agak mundur dan sering dipandang sepi berbanding bola sepak lelaki.

Lebih banyak usaha yang dilakukan oleh persatuan bola sepak negeri dan juga kelab dalam meningkatkan tahap bola sepak wanita di negara ini berbanding pihak berwajib


Selangor FC boleh dikatakan kelab yang paling aktif dalam memperkasakan pembangunan bola sepak wanita di negara ini dengan penganjuran liga khusus buat golongan terbabit dan lain-lain lagi inisiatif.

Baru-baru ini, Selangor melangkah lebih jauh lagi dalam mengembangkan bola sepak wanita apabila melancarkan Pusat Latihan Khas untuk Pelatih Perempuan Sahaja di bawah program akar umbinya, Selangor FC Soccer Schools.

Usaha yang dilakukan oleh Selangor ini wajar dipuji memandangkan ia adalah kelab pertama yang melakukan inisiatif tersebut.

Dengan inisiatif ini, mungkin satu hari nanti akan lahir bintang-bintang dalam bola sepak wanita tempatan di masa hadapan.

Perkara ini patut dicontohi oleh kelab-kelab tempatan lain sebagai satu tanggungjawab untuk mengangkat bola sepak wanita di negara ini.

Baru-baru ini, Johor Darul Ta’zim mengumumkan bahawa ia akan menubuhkan pasukan futsal musim depan.

Perkhabaran itu disambut baik oleh pemain bola sepak dan futsal wanita kebangsaan, Intan Sarah Anisah Zulgafli atau lebih dikenali dengan nama Intan Serah.

Dengan ‘seruan’ daripada Intan Serah itu, mungkin pada masa hadapan JDT mempunyai perancangan untuk bertapak dalam bola sepak wanita.

Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa penglibatan JDT dalam bidang sukan terutama bola sepak di negara ini telah berjaya mengangkat tahap bola sepak tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.

Sekiranya JDT melebarkan sayapnya dalam bola sepak wanita, ia pastinya akan membawa bola sepak wanita di negara ini ke satu tahap yang jauh lebih tinggi, seperti yang dilakukan kepada bola sepak Malaysia secara umum.