Sepak Takraw League (STL) bakal bermula
Peminat pasti merindui untuk menonton aksi Sepak Takraw League (STL) yang akan kembali berlangsung pada Januari 2022 hadapan.
STL pada kali bakal bekerjasama dengan penaja terbaru mereka iaitu syarikat perniagaan emas yang terkenal di negara kita iaitu Kedai Emas Anuar. Penglibatan seperti Kedai Emas Anuar ini adalah kali pertama dalam sejarah STL.
Sebagai penaja rasmi STL meletakkan nama Emas Anuar STL diatas sokongan menjadi selaku penaja utama untuk STL edisi kali ini. Turut dikongsikan pihak Emas Anuar berasa sangat teruja apabila diberi peluang bekerjasama bersama Sepak takraw League (STL). Ini merupakan kali pertama syarikatnya berkolaborasi untuk acara besar sekaligus merancakkan industri sepak takraw negara yang sedikit suram akhir-akhir ini.
Malaysia mempunyai ramai peminat sepak takraw di seluruh pelosok. Justeru tidak hairanlah apabila dengan kerjasama syarikat besar mampu menarik lagi lebih ramai penonton untuk melihat aksi-aksi di STL. Mereka berharap selepas ini lebih ramai pihak tampil bagi menaikkan martabat sukan sepak takraw di negara kita.
Turut dikhabarkan pada edisi kalini, banyak pasukan akan menghantar tenaga muda bagi menimba pengalaman setelah terkesan akibat Pandemik COVID-19 dimana tiada sebarang kejohanan dan pertadingan dijalankan seteruskan merencatkan prestasi mereka setelah tidak lama beraksi.
Dengan kembalinya STL diadakan berharap agar para pemain dapat meningkatkan prestasi mereka terutama pemain muda kerana mereka adalah prospek negara pada masa akan datang untuk menghasilkan butir emas dalam sukan sepak takraw ini.
Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang Sepak Takraw League (STL) nantikan kemuculannya pada Januari 2022 dengan berwajah baru. Ayuh sama-sama kita menyokong dan memartabatkan sukan sepak takraw yang telah menjadi warisan di negara kita ini.