P. Rajes seorang pemain sentiasa merendah diri dan tak lokek berkongsi ilmu – K. Gurusamy

1,304

Pemain PJ City FC, K. Gurusamy mengakui beliau tidak dapat menahan sebak apabila mendapat berita sedih rakan sepasukannya P. Rajes telah meninggal dunia dalam satu kemalangan semalam.

Menurut Gurusamy, beliau sangat terkejut apabila mendapat panggilan satu panggilan telefon yang memaklumkan mengenai insiden yang berlaku sebelum beliau kemudian memaklumkan kepada rakan sepasukan yang lain.


“Selepas mendapat berita tersebut saya telah menghubungi rakan sepasukan lain dan mereka juga terkejut dan menangis dengan pemergian mendiang kerana beliau adalah seorang pemain yang cukup berdisiplin dan baik hati.

Saya seperti tidak percaya kerana sudah kehilangan seorang rakan baik dan juga seorang pemain hebat. Sebagai seorang pemain senior yang banyak menyumbang dalam pasukan, pemain muda sentiasa look up kepadanya kerana sikap baik dan juga beliau juga tidak lokek berkongsi ilmu dengan mereka,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Bercerita lanjut mengenai peribadi mendiang, Gurusamy berkata Rajes seorang yang sangat mengutamakan keluarganya serta orang disekelilingnya.

Pemergian mendiang sebelum perlawanan getir menentang juara Liga Super sembilan kali Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam pusingan 16 Piala Malaysia akan menyaksikan seluruh keluarga PJ City akan membuat penghormatan buat pemain lagenda itu.

“Kita tahu Rajes sudah lebih 20 tahun bermain dalam saingan Liga Malaysia, jadi sudah pasti kita akan memberi satu penghormatan besar buat mendiang pada perlawanan itu nanti.”