Bojan Hodak sudah bersedia untuk satu lagi aksi penentuan sepakan penalti pada final Piala AFC

822

Ketua jurulatih KL City FC, Bojan Hodak sudah bersedia untuk menghadapi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir Piala AFC menentang Al-Seeb Sabtu ini.

Menurutnya, beliau sudah berlatih untuk sebarang kemungkinan dan mengakui ia memberi kelebihan kepada mereka sekiranya perlawanan berlangsung sehingga ke penentuan sepakan penalti.


“Kami sentiasa bersedia untuk penentuan sepakan penalti tetapi ia adalah satu perkara yang beri tekanan mental kepada pemain.

Cuma ia bagus buat kami kerana kami sudah pernah memenangi penentuan sepakan penalti sebelum ini, jadi mental mereka lebih kuat untuk menghadapinya selepas ini,”

Beliau menganggap bahawa Al-Seeb adalah pasukan pilihan berbanding KL City kerana pasukan itu dibarisi oleh ramai pemain kebangsaan Oman.

Namun, Hodak berharap bahawa penyokong mampu memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Sabtu ini untuk membantu pasukan.

“Jika kami boleh dapatkan full house, ini sudah tentu satu atmofera yang boleh membantu kami berikan lebih daripada 100 peratus.

Ini juga akan beri tekanan kepada pasukan lawan kerana dalam perlawanan seperti ini taktikal kadang kala tidak beri kesan, anda hanya perlu berikan segala-galanya.”

“Jika kami boleh dapatkan full house, ini sudah tentu satu atmofera yang boleh membantu kami berikan lebih daripada 100 peratus.

Dalam pada itu, mengenai waktu sepak mula ketika waktu solat maghrib, beliau berkata ia tidak memberi kesan kepada pasukannya ketika perlawanan itu.

Menurutnya, para pemain memberitahunya bahawa mereka boleh menggabungkan solat (jamak) justeru mereka boleh fokus sepenuhnya terhadap perlawanan.