Pemain akan cari masa solat ketika ‘half-time’, penyokong pula sila solat dulu sebelum tengok ‘game’ – Akram Mahinan

5,534

Pemain Kl City FC, Akram Mahinan menganggap sepak mula perlawanan akhir Piala AFC ketika waktu maghrib tidak akan mengganggu fokusnya terhadap perlawanan kerana boleh solat ketika tamat separuh masa pertama

Menurutnya, para pemain yang beragama Islam sudah berbincang untuk terus segera pergi menunaikan solat maghrib sebaik sahaja wisel separuh masa dibunyikan.


“Masa sudah ditetapkan jadi kita tak boleh pertikaikan, tetapi sebagai pemain kami sendiri harus cari masa untuk solat dan kita akan cepat-cepat solat selepas tamat separuh masa pertama.

Kepada penyokong yang beragama Islam pula pergi solat dahulu kemudian baru tonton perlawanan kami kerana itu adalah lebih penting,”

katanya.

Dalam pada itu beliau mengakui bermain di Malaysia mungkin memberi sedikit kelebihan kepada KL City dari segi keadaan padang dan cuaca.

Namun beliau tetap menganggap KL City sebagai pasukan ‘underdog’ kerana lawan mereka, Al-Seeb dibarisi ramai pemain hebat yang mewakili skuad kebangsaan.

“Pemain mereka mempunyai kemahiran individu dan teknikal yang baik jadi kami perlu bermain sebagai satu pasukan sama ada ketika bertahan mahupun menyerang.

Sebelum ini daripada perlawanan menentang Viettel sehinggalah Sogdiana, ramai yang jangkakan kami akan tewas, jadi kami akan lakukan benda sama dan hanya fokus kepada perlawanan tersebut.”

Dalam pada itu, beliau berkata tidak memikirkan mengenai bonus ketika ini walaupun telah dijanjikan dengan bonus sekiranya memenangi piala tersebut.

Beliau menegaskan bahawa kesemua pemain hanya fokus untuk mencipta sejarah memandangkan ia adalah perlawanan akhir paling penting buat pasukan itu.