Jordan Mintah yakin boleh bantu banyak perkara jika diturunkan, akui gembira berada di KL City FC

465

Pemain KL City FC, Jordan Mintah yakin beliau mampu membantu banyak perkara buat pasukan sekiranya diturunkan pada perlawanan akhir Piala AFC menentang Al-Seeb Sabtu ini.

Menurutnya, mereka wajib menang perlawanan ini untuk mencatat sejarah sebagai pencapaian terbaik yang pernah dimenangi oleh kelab itu.


“Semua pemain sudah bersedia bermain tetapi semuanya bergantung kepada jurulatih, saya sendiri boleh berikan banyak benda untuk pasukan jika diturunkan.

Pasukan ini mempunyai pemain yang sudah merasai perasaan memenangi piala sebelum ini jadi mereka pastinya sudah bersedia,”

katanya.

Menurutnya, beliau bertekad mahu membuktikan kemampuan dirinya pada perlawanan itu kerana setiap pemain yang bermain di Asia mempunyai impian untuk berada di peringkat ini.

Menurut Mintah, sesiapa pun yang bermain harus meletakkan keutamaan kelab berbanding diri sendiri pada perlawanan itu.

Dalam pada itu, beliau mengakui gembira berada di KL City memuji suasana di kelab itu yang di dalam dan luar padang.

“Baik daripada pemain, jurulatih dan juga pihak pengurusan, cara mereka layan pemain amat baik dan profesional, anda boleh lihat perkara itu.”

Beliau menjangkakan perlawanan akhir itu akan berlangsung sengit dan menarik untuk para penyokong.

Perlawanan akhir Piala AFC antara KL City dan Al-Seeb akan berlangsung pada pukul 7.00 malam Sabtu di Stadium Nasional Bukit Jalil.