Kami mahu tamatkan perlawanan dalam tempoh 90 minit – Rasheed Jabar

407

Ketua jurulatih Al-Seeb, Rasheed Jabar memberitahu mereka akan cuba menamatkan perlawanan dalam tempoh masa sebenar 90 minit, tapi sudah bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan.

“Untuk kami, kami akan cuba tamatkan permainan dalam tempoh 90 minit supaya diheret ke masa tambahan, tapi ini perlawanan akhir jadi kita tidak tahu apa yang akan berlaku oleh itu kami perlu bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan,”

katanya.

Walaupun di atas kertas pasukan Al-Seeb menjadi pilihan, namun Rasheed berfikiran sebaliknya dengan berkata dalam perlawanan akhir kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang sama rata.


Rasheed pada masa sama turut mengakui pasukan KL City mempunyai corak permainan yang tersusun serta mempunyai ramai pemain berkualiti seperti Paulo Josue, Romel Morales dan beberapa lagi.

Dalam pada itu, bagi pemain pertahanan Al-Seeb iaitu Ajibola Daniel pula berkata mereka tidak akan mengambil mudah dengan perlawanan esok sebaliknya mereka mempunyai persiapan yang cukup rapi bagi menghadapi KL City.

“Jurulatih percaya dengan kemampuan kami secara berpasukan dan secara individu. Oleh itu kami akan pastikan dapat mengikut segala arahan jurulatih.”

Daniel pada masa sama juga berkata beliau dan rakan sepasukannya perlu cepat menyesuaikan diri dengan keadaan padang kerana mereka belum pernah bermain di padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

“Kami tidak pernah bermain di atas padang seperti ini tetapi kami sudah beberapa hari menjalani latihan untuk menyesuaikan diri, jadi ia bukanlah satu isu buat kami.”

Beliau pada masa sama tiada masalah dengan venue untuk perlawanan akhir ini dan berharap cuaca akan baik esok.

Al-Seeb akan menentang KL City dalam perlawanan akhir Piala AFC yang akan berlangsung di SNBJ esok 22 Oktober pada pukul 7.00pm.