Stadium Sultan Ibrahim antara salah satu venue yang mungkin jadi ‘home’ Harimau Malaya untuk Piala AFF 2022

4,729

Menjelang kejohanan Piala AFF 2022 yang akan berlangsung pada Disember depan, venue home untuk pasukan kebangsaan Malaysia masih lagi menjadi tanda tanya sehingga kini samada ia akan dimainkan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) atau sebaliknya.

Keputusan venue mana yang akan digunakan itu akan dimuktamadkanpada minggu hadapan dengan beberapa venue berkemungkinan berkemungkinan akan menjadi venue untuk Harimau Malaya.


“Mengenai padang untuk Piala AFF kita akan muktamadkan pada minggu hadapan, insyaAllah pada hari Selasa kita akan muktamadkan. Ada beberapa padang yang kita sedang menilai,”

ujar Setiausaha Agung FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia), Noor Azman Rahman.

Tambahnya lagi, hanya satu venue sahaja akan dipilih sebagai home pada perlawanan di Malaysia.

Antara venue lain yang sedang dipertimbangkan selain SNBJ adalah Stadium Sultan Ibrahim (Johor), Stadium Sultan Mizan (Terengganu), Stadium Hang Tuah (Melaka) dan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Noor Azman turut memberitahu bahawa skuad kendalian Kim Pan-gon akan melakukan persiapan dengan menghadapi dua perlawanan persahabatan yang akan berlangsung pada bulan November.

“Ada dua perlawanan persahabatan dan tarikh perlawanan saya akan umumkan pada minggu hadapan. Kedua-dua perlawanan persahabatan akan berlangsung di sini.”

Beliau pada masa sama turut berkata tarikh perlawanan persahabatan skuad negara tidak akan berdepan dengan sebarang masalah walaupun negara akan menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 (PRU 15) pada 19 November ini.