Abdul Aziz Ismail tetap berpuas hati dengan pencapaian AMD Panthers B13 walaupun tewas di final   

426

Ketua jurulatih AMD Panthers B13, Abdul Aziz Ismail gembira dengan persembahan keseluruhan yang ditunjukkan oleh para pemainnya meskipun mereka terpaksa akur kecundang di perlawanan akhir.

Mereke tewas di tangan pasukan dari Thailand, Buriram United yang nyata lebih unggul mendominasi perlawanan untuk memenangi perlawanan dengan keputusan 1-0.


“Pertama sekali, walaupun kita kalah, saya tetap berpuas hati dengan prestasi para pemain.

Ini boleh berlaku kepada mana-mana pasukan, sekiranya kita bermain tanpa jaringan, kita akan kalah di peringkat final,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Tambahan pula, beliau berpuas hati dengan kualiti permainan yang ditunjukkan oleh anak buahnya dalam melancarkan serangan demi serangan ke arah gawang lawan meskipun pasukan Buriram United menggunakan taktikal bertahan.

Kekebalan di pertahanan lawan menyebabkan barisan serangan AMD Panthers B13 buntu untuk mencari jaringan.

“Sebenarnya, corak permainan Buriram United sebenarnya sedikit rendah di barisan pertahanan tetapi kami masih mampu berjaya melakukan serangan.”

Dalam pada itu, beliau tidak akan terus berputus asa dalam menabur bakti kepada semua pemain untuk terus mempertingkatkan kualiti permainan mereka selepas ini.

Abdul Aziz akan terus mempersiapkan kesemua pemainnya untuk menghadapi cabaran yang lebih besar selepas ini.

“Proses pembelajaran tidak berakhir di sini, lagi dua hari kita akan menghadapi Piala KPM.

Saya perlu memastikan semua pemain berada di tahap terbaik untuk kejohanan tersebut.”

Pada masa yang sama, beliau nyata teruja dengan peluang yang diberikan kepadanya dan para pemain untuk bersaing di kejohanan antarabangsa seperti ini.

Ini kerana, penularan wabak COVID-19 yang memuncak sejak dua tahun lepas telah menyebabkan para pemain tidak berpeluang untuk menyertai kejohanan berprestij seperti ini.

“Sebenarnya, selepas dua tahun COVID-19, ini adalah peluang di mana kedua-dua pemain boleh memperagakan permainan mereka.

Kita bersyukur pada tahun ini Piala Supermokh dijalankan di AMD.”