Mahmoud Al-Mardi mahu kekal di Darul Aman untuk musim hadapan

1,816

Pemain tengah Kedah Darul Aman FC (KDA), Mahmoud Al-Mardi memberitahu beliau masih berminat untuk terus menyarung jersi Hijau Kuning pada musim hadapan.

Al-Mardi bagaimanapun berkata sehingga kini masih tiada sebarang perbincangan berlaku di antara beliau dengan pihak pengurusan mengenai kontraknya.


“Buat masa sekarang ini saya masih lagi tidak tahu kerana tiada perbincangan dengan pihak pengurusan kelab untuk memperbaharui kontrak. Jika pihak pengurusan bercakap dengan saya, sudah pasti saya akan berbincang dengan ejen saya,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Menurut pemain kebangsaan Jordon itu lagi, beliau sangat selesa bersama skuad Sang Kenari kerana menyukai suasana pasukan dan juga penyokong yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Perjalanan pasukan KDA dalam kempen Piala Malaysia musim ini telah pun berakhir selepas mereka tewas dengan agregat 2-1 kepada Negeri Sembilan FC.

Dalam pada itu, pemain berusia 29 tahun itu memohon maaf kepada semua peminat KDA atas prestasi pasukan pada musim ini.

“Perlawanan malam tadi kami beraksi dengan baik tetapi kami gagal dapat keputusan baik kerana beraksi dengan pasukan yang mempunyai ramai pemain muda dan kurang pengalaman.

Saya ingin mohon maaf kepada seluruh peminat Kedah kerana mereka sentiasa menyokong kami dari awal hingga ke hujung musim. Terima kasih diucapkan dan insyaAllah Kedah akan lebih kuat pada musim hadapan.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen