Bagi saya perlawanan ini adalah yang terbaik saya – Che Rashid Che Halim
Pemain pertahanan Negeri Sembilan FC, Che Rashid Che Halim nyata gembira apabila berjaya membantu pasukannya mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia selepas menyingkirkan saingan Kedah Darul Aman FC (KDA) malam tadi.
Dalam perlawanan kedua pusingan 16, Negeri Sembila terikat 0-0 namun layak ke peringkat seterusnya dengan agregat 2-1.
“Bagi saya perlawanan malam ini sangat sukar kerana Kedah pun nak menang datang sini, tapi bagi saya perlawanan ini adalah yang terbaik saya,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Che Rashid mengakui mereka beraksi dengan baik sepanjang perlawanan namun tiada rezeki untuk mendapat kemenangan apabila gagal menyempurnakan beberapa peluang keemasan termasuk sepakan penalti.
“Kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama kita main dengan baik tapi tak ada rezeki. Separuh masa kedua pula kita dapat penalti tapi tak ada rezeki juga, namun jaringan agregat berjaya bawa pasukan layak ke suku akhir.”
Selepas ini Negeri Sembilan akan menentang Selangor FC yang sebelum itu menewaskan Kelantan United FC dengan agregat 3-0.
Dalam pada itu, pemain berusia 27 tahun ini juga menyuarakan keyakinan terhadap pasukannya mampu layak ke perlawanan separuh akhir.
“InsyaAllah jika semua pemain mendengar dan mengikut arahan jurulatih insyaAllah boleh. Sasaran kami adalah untuk mara ke final tapi pada masa sama kami tidak mahu terlalu yakin.”