Yusri Yuhasmadi bersedia sahut cabaran JDT, seru penyokong banjiri stadium untuk beri motivasi tambahan

405

Kapten Kelantan FC, Yusri Yuhasmadi tidak gentar untuk turun melawan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia esok.

Menurutnya, beliau dan rakan-rakan sudah bersedia untuk memberi yang terbaik pada perlawanan itu dan berharap mereka akan mendapat sokongan padu daripada penyokong.


“Kami akan melawan habis-habisan esok dan bekerjasama sebagai satu pasukan untuk lakukan yang terbaik.

Sekiranya penyokong dapat memenuhi stadium, ia sangat membantu kami jadi saya harap penyokong boleh turun beramai-ramai esok,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, beliau berterima kasih kepada rakan sepasukan kerana membantunya untuk meningkatkan tahap permainannya dari semasa ke semasa.

Beliau juga berkata, pemilik kelab, Norizam Tukiman atau Zamsaham adalah antara individu yang membantu memberinya motivasi untuk meningkatkan tahap permainan.

Yusri berterima kasih kepada Zamsaham kerana menghadiahkan kepadanya sebidang tanah lot sebagai penghargaan buat dirinya.

“Ini adalah hadiah perhargaan dari beliau untuk saya dan ia sudah tentu membangkitkan semangat saya untuk terus maju ke hadapan.

Saya lihat banyak pengaruh baik yang beliau telah bawa ke dalam pasukan ini sebagai seorang ahli perniagaan.”

Menurutnya, antara kejayaan yang beliau dapat lihat adalah keupayaan Zamsaham untuk menarik semula kepercayaan penyokong terhadap pasukan.

Beliau berkata, Zamsaham sendiri sentiasa memberi pesanan secara peribadi kepada beliau untuk memberi motivasi kepadanya.