Sekarang ini semua kelab rebut tempat kedua, juara dah tahu siapa punya – Hashim Mustapha

1,415

Penyerang legenda negara, Hashim Mustapha mengakui kehebatan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika ini sukar ditandingi mana-mana pasukan.

Menurutnya, sukar untuk pasukan lain mengikut apa yang dilakukan oleh pasukan JDT lebih-lebih lagi melibatkan kewangan.


“Sekarang kita dah tahu siapa yang juara, mesti JDT punya. Pasukan lain hanya main untuk nombor dua.

Kelab lain nak ikut JDT mungkin sebulan dua boleh, masuk bulan ketiga memang susah nak bayar,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Sementara itu, bekas penyerang Kelantan FA itu menasihati pemain-pemain masa kini supaya tidak boros dan mempunyai simpanan untuk masa depan.

Katanya, terdapat pemain pada zaman dahulu yang kini hidup susah gara-gara tidak mempunyai kesedaran untuk menyimpan ketika karier mereka masih berada di atas.

“Sekarang ini gaji dah semakin tinggi, pemain boleh kumpul banyak wang ketika mereka sedang bermain.

Tetapi harus ingat untuk mempunyai simpanan selepas bersara, sekurang-kurangnya selepas bersara harus mempunyai rumah sendiri dan sebuah kereta.”

Menurutnya, apa yang dimilikinya kini juga adalah hasil daripada simpanan yang dilakukan ketika beliau masih aktif.