Khairul Helmi Johari tetap positif, harap mampu cipta kejutan pada perlawanan timbal balik di SSI

392

Pemain Kelantan FC, Khairul Helmi Johari berharap mampu mencipta kejutan pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu depan.

Walaupun tewas 3-0 di laman sendiri, beliau tetap mahu bersikap posisif untuk perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim itu.


“Memang agak kecewa sebab kalah 3-0 jadi banyak kelemahan yang kita perlu perbaiki sebelum perlawanan timbal balik.

Perlawanan malam ini adalah satu pengalaman yang baik bermain dalam perlawanan yang berintensiti tinggi menentang pasukan yang hebat jadi kita akan perbaiki untuk cipta satu kejutan pada perlawanan berikut,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau berkata, mereka masih boleh memperbaiki kesilapan yang dilakukan menjelang perlawanan kedua nanti.

Tambahnya, masih banyak perkara yang boleh ditingkatkan oleh mereka dan semua pemain harus bertanggungjawab di atas kekalahan ini.

“Kita tak boleh nak salahkan sesiapa kerana kita main sebagai satu pasukan, jadi masing-masing tahu peranan sendiri.

Kita akan lihat balik kesilapan yang kita lakukan dalam perlawanan tadi dan kita akan perbaiki.”

Kelantan akan berkungjung ke Stadium Sultan Ibrahim untuk perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia pada Jumaat depan.