Syarikat e-commerce popular bakal jadi pemilik baru PJ City FC?

1,112

Situasi pasukan PJ City FC terus menjadi teka-teki apabila sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi oleh pihak pengurusan mengenai status kelab itu pada musim hadapan.

Tidak dapat dinafikan ketika ini banyak berita mengenai kelab berpengkalan di Petaling Jaya ini bakal dijual, malah terdapat laporan yang mengatakan pasukan Liga M3 iaitu Harini FT berminat untuk membeli dan mengambil alih dan sedang melalui proses akhir pembelian kelab yang diberi jolokan The Phoenix itu.


Bagaimanapun terdapat satu sumber dalaman kepada Harimau Malaya yang mendedahkan bahawa pihak PJ City kini turut dalam perbincangan dengan sebuah syarikat gergasi e-commerce yang turut berminat untuk membeli kelab itu.

Sekiranya benar syarikat e-commerce yang akan mengambil alih, maka syarikat manakah yang dimaksudkan itu?

Di Malaysia terdapat beberapa syarikat e-commerce popular iaitu Shopee, Lazada dan Zalora yang merupakan platform membeli-belah.

Berdasarkan ketiga-tiga syarikat ini, satu syarikat yang berkemungkinan besar mahu membeli kelab bola sepak iaitu Shopee.

Mengapa Shopee? Bagi yang tidak tahu, Shopee merupakan pemilik kelab bola sepak Lion City Sailors FC yang beraksi di Singapore Premier League, oleh itu tidak mustahil untuk syarikat itu membeli PJ City kerana syarikat itu sangat popular di Malaysia.

Tambahan pula, Shopee juga pernah terlibat dalam dunia bola sepak tanah air apabila pernah menjadi penaja utama Piala FA pada tahun 2019.

Benar atau tidak sama-sama kita tunggu dalam masa terdekat ini kerana setiap pasukan perlu membuat pengesahan penyertaan kepada Malaysian Football League (MFL) untuk saingan Liga Super untuk 2023 pada Disember depan.