Melaka lebih hebat dari Johor apabila bakal punya Disneyland terbesar di ASEAN, Mickey boleh ‘join’

559

Peminat bola sepak Melaka United FC sedang sedih dan kecewa apabila pasukan kesayangan mereka tidak dapat beraksi dalam saingan Liga Super pada musim depan apabila gagal dapat Lesen Kebangsaan.

Walaupun pedih mahu menerima hakikat, namun masih ada sinar harapan buat mereka apabila Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) tidak mahu bola sepak Melaka terkubur begitu sahaja apabila mereka kini dalam proses untuk bersaing dalam saingan Liga M3 musim depan dengan menggunakan nama Melaka FC.


Rehat sebentar dari cerita bola sepak kerana orang Melaka baru sahaja dapat berita gembira apabila bakal mendapat taman tema baru iaitu Disneyland dan Disney City yang mana ia merupakan terbesar di Asia Tenggara (ASEAN).

Taman tema berkeluasan 80.9 hektar itu akan dibangunkan di daerah Jasin pada tahun 2027 dengan kos kira-kira RM2 bilion.

Jadi, rakyat Malaysia yang selepas ini tidak perlu bersesak-sesak di Johor untuk menyeberang ke Singapura semata-mata hendak ke Disneyland kerana sudah ada di Malaysia nanti.

Mungkin Mickey pun boleh ‘join’ sekali apabila Disneyland Melaka apabila sudah dibuka nanti.

Berbalik kepada bola sepak, dengan wujudnya Disneyland itu nanti ia secara tidak langsung mampu menyumbang kepada bola sepak Melaka sebagai penaja utama seperti Forest City yang pernah menjadi penaja utama Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini.

Dalam dunia bola sepak, apa sahaja boleh berlaku jadi tidak mustahil jika satu hari nanti jenama terkemuka dunia seperti Disneyland jadi penaja utama pasukan bola sepak Melaka.