JDT perlu ikut Dortmund, hantar pasukan kedua untuk beri rehat dan pengalaman kepada pemain muda

666

Seperti yang semua sedia maklum, kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund bakal mengadakan Jelajah Asia di tiga buah negara Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim FC bakal menjadi wakil Malaysia selepas dijadual bertemu Dortmund pada 28 November ini.


Dortmund telah mengeluarkan senarai pemain yang bakal dibawa menyertai jelajah ini.

Apa yang dapat dilihat adalah mereka akan menurunkan skuad kedua tatkala kebanyakan pemain utama mereka seperti Jude Bellingham (England) dan Julian Brandt (Jerman) yang terlibat dengan Piala Dunia bersama negara masing-masing.

JDT mungkin boleh memanfaatkan peluang ini untuk turut memilih pemain skuad kedua dan muda untuk bermain di perlawanan ini.

Ini akan bantu memberi lebih peluang kepada pemain ini untuk memperoleh minit permainan dan pengalaman bermain menentang kelab yang jauh lebih besar seperti Dortmund.

Tambahan pula, ketua pasukan Dortmund, Marco Reus dijangka tidak akan bermain ekoran daripada kecederaan yang dialaminya sebelum ini.

Kecederaan yang turut menyebabkan Reus terlepas untuk beraksi di dalam saingan Piala Dunia 2022.

JDT miliki ‘squad depth’ yang baik dan jika pemain kedua diturunkan, mereka pasti masih mampu memberi saingan sepertimana skuad utama beraksi.

Pasukan tersebut juga berada di posisi terbaik untuk mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 1-0 di perlawanan pertama separuh akhir sebelum ini.

Perlawanan akhir Piala Malaysia akan berlangsung pada 28 November ini, dua hari sebelum perlawanan persahabatan menentang Dortmund berlangsung.

Oleh itu, pemilihan skuad kedua JDT akan turut memberi rehat yang cukup kepada pemain-pemain utama pasukan tersebut yang telah mengharungi musim panjang tahun ini termasuk saingan AFC Champions League (ACL).

Ini akan memberi tempoh rehat yang mencukupi buat para pemain utama JDT yang bakal menggalas tanggungjawab bersama skuad negara untuk menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa serta saingan Pial AFF yang bakal bermula Disember.

Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu adalah pada tahun 2015 dengan kemenangan besar berpihak kepada pasukan Dortmund menerusi keputusan 6-1.