Shahrul Saad sambut baik keputusan KPG panggil ramai pemain muda untuk Piala AFF 2022

944

Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Shahrul Saad menyambut baik keputusan yang dibuat oleh ketua jurulatih pasukan kebangsaan Kim Pan-gon yang telah memanggil ramai pemain muda untuk kem latihan berpusat Harimau Malaya untuk kejohanan Piala AFF 2022.

“Sebenarnya ia satu perkara yang bagus kerana kita lihat pasukan-pasukan lain mempunyai banyak pemain muda yang menonjol. Ada pemain-pemain untuk Malaysia ini adalah satu perkara yang bagus supaya mereka dapat pengalaman yang baru bermain di pentas antarabangsa,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Shahrul merupakan antara salah seorang dari 12 pemain yang dipanggil tetapi tidak akan melapor diri atas alasan urusan peribadi, komitmen keluarga atau masalah kecederaan.


dipanggil ke kem latihan bermula 29 November ini bukan sahaja untuk menghadapi kejohanan Piala AFF tetapi juga menghadapi dua perlawanan antarabangsa Tier 1 bertemu Kemboja dan Maldives.

Shahrul juga percaya dengan percaturan yang dilakukan oleh Pan-gon dan yakin pemain-pemain terpilih mampu memperoleh keputusan positif di kejohanan itu nanti.

Dalam pada itu, beliau meluahkan rasa bersyukur apabila pasukan JDT berjaya menjulang Piala Malaysia pada musim ini selepas menewaskan Selangor FC 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

“Sejujurnya saya tidak pernah menjangka dalam karier saya dapat kejuaraan empat kali berturut-turut dan mencipta satu kejayaan baru buat JDT. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada TMJ yang banyak beri semangat dan tidak putus asa dan sentiasa berusaha untuk kami. Tahun ini adalah aksi terbaik untuk JDT.”