Malaysia pasukan lebih baik dari sebelum ini, dengan permainan pantas dan intensiti tinggi – Ali Samooh

754

Pertahanan Maldives, Ali Samooh beranggapan bahawa pasukan Malaysia telah menunjukkan peningkatan sejak beberapa tahun lalu, lebih-lebih lagi sejak dibimbing oleh Kim Pan-gon.

Beliau menyifatkan Malaysia mengamalkan permainan bola sepak pantas serta berintensiti tinggi, dan mempunyai ramai pemain yang bagus.


“Saya lihat mereka telah menunjukkan peningkatan daripada perlawanan terakhir kami, mereka bermain dengan lebih laju dan intensiti tinggi.

Jika dibandingkan dengan sebelum ini, mereka adalah pasukan yang lebih baik,”

katanya

Menurutnya, perlawanan persahabatan menentang Malaysia esok akan menjadi ujian buatnya dan rakan-rakan.

Walaupun sukar, beliau berkata akan cuba memberi cabaran buat pasukan negara pada perlawanan itu.

“Apa yang dijangka adalah mereka akan bermain dengan baik dan berikan cabaran kepada kami.

Tetapi kami akan berikan yang terbaik dan cuba untuk mencatatkan kemenangan.”

Kali terakhir Malaysia bertemu Maldives adalah pada 2018 juga dalam perlawanan persahabatan antarabangsa.

Ali Samooh turut bermain pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.