Elkan Baggott buat pusingan U, pilih kelab berbanding sertai Piala AFF

2,710

Untuk Piala AFF kali ini, Indonesia dilihat mempunya potensi untuk bergelar juara berdasarkan barisan pemain utama yang dibawa ke kejohanan tersebut.

Lebih-lebih lagi, pasukan itu diperkuatkan dengan pemain-pemain yang bermain di Eropah iaitu iaitu Elkan Baggott, Egy Maulana, Witan Sulaeman dan Sandy Walsh.


Namun, salah seorang pemain yang juga tunjang pasukan itu, Baggott dilaporkan membuat pusingan U untuk tidak menyertai skuad kali ini.

Menurut media tempatan, pemain itu memilih untuk kekal di England bagi membantu kelabnya, Gillingham FC yang ketika ini berada di tangga tercorot liga.

Sebelum ini, ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong terbang sendiri ke England untuk meminta kepada pengurusan kelab itu untuk melepaskan Baggott ke Piala AFF.

Kelab itu juga dilaporkan bersedia untuk melepaskan pemain itu sekiranya Indonesia mara ke peringkat separuh akhir.

Dengan keputusan yang dilakukan oleh Baggott ini, ia pastinya memberi tamparan buat persediaan Tae-yong untuk Piala AFF.

Beliau menyertai senarai pemain-pemain bintang lain yang tidak berangkat ke kejohanan itu seperti Chanathip Songkrasin, Supachok Sarachat, Corbin Ong, Arif Aiman dan lain-lain.

Ini pastinya berita baik buat pencabar lain termasuklah Malaysia yang pernah menjadi ‘mangsa’ pemain berusia 20 tahun itu.

Baggott merupakan salah seorang tunjang buat skuad Indonesia yang mara ke perlawanan akhir pada edisi lalu.

Beliau juga menjaringkan salah satu daripada empat gol ketika menewaskan Malaysia 4-1.