Sri Pahang mengidam penyerang baru

152

Pasukan Sri Pahang menyatakan bahawa mereka mencari penyerang baru bagi saingan Liga Malaysia pada musim hadapan setelah Kenny Athiu dilepaskan pada akhir musim ini. Skuad Tok Gajah ini sedang memantau beberapa penyerang yang mampu memberi impak kepada barisan serangan pasukannya itu.

Antara nama yang disebut bakal menjadi penggempur utama Skuad Tok Gajah adalah Kapten pasukan negara Fiji iaitu Roy Krishna. Selain menjadi kapten untuk Fiji, Roy Krishna juga menjadi kapten untuk kelab yang berpangkalan di India, ATK Mohun Bagan.


Krishna yang berusia 34 tahun mula mencipta impak besar apabila bersama ATK Mohun Bagan sejak berhijrah ke kelab ini pada tahun 2019. Pada musim pertamanya, beliau berjaya menjaringkan 15 gol dan 6 bantuan gol dalam 21 penampilannya.

Sumber Foto : ATK Mohun Bagan FC

Musim ini Roy Krishna berjaya meledak 19 gol serta melakukan 12 bantuan gol dalam 34 perlawanan beliau beraksi. Selain itu, di peringkat antarabangsa Roy Krishna berjaya menjaringkan 29 gol dalam 41 penampilannya bersama skuad Fiji.

Statistik yang cemerlang ini mampu membuktikan Roy Krishna adalah seorang penyerang yang berkaliber di depan pintu gol sekaligus menjadi idaman pasukan Pahang FC untuk ditandatangani. Beliau juga mempunyai pengalaman yang luas bermain di Piala AFC, Liga Juara-juara Oceania dan Piala Kelab Dunia.

Disamping itu, Roy Krishna juga mempunyai kelebihan dimana beliau boleh menggunakan kedua-dua belah kakinya untuk melakukan sepakan dan hantaran selain memiliki kebijaksanaan dalam mengawal bola untuk menjaringkan gol.

Sumber Foto : ATK Mohun Bagan FC