Myanmar sepatutnya beraksi tanpa penyokong sepanjang Piala AFF 2022, tapi sebaliknya berlaku

1,644

Semalam telah berlangsungnya perlawanan pertama Kumpulan B membabitkan pasukan Myanmar menentang Malaysia yang menyaksikan mereka tewas 1-0 di tempat sendiri.

Namun bukan keputusan perlawanan yang menjadi perhatian sebaliknya kehadiran peminat tuan rumah dan juga peminat Malaysia di Stadium Thuwanna, Yangon.


Ini kerana Myanmar sepatutnya beraksi tanpa peminat berikutan kemelut politik di negara itu yang berkaitan dengan keselamatan setelah kerajaan Myanmar mahu elak rakyat mereka berkumpul di tempat awam.

Ia susulan Junta Myanmar mengisytiharkan darurat selepas berlakunya rampasan kuasa menggulingkan kerajaan sejak Februari lalu.

Myanmar dilaporkan akan turut bermain tanpa kehadiran peminat pada perlawanan 30 Disember ini ketika mereka menentang Laos, namun melihat kepada situasi semalam, kemungkinan besar akan ada penonton yang hadir untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Sehingga kini pihak penganjur Konfederasi Bola Sepak ASEAN (AFF) atau pihak tuan rumah masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara demikian.

Tidak tahu samada pihak Junta Myanmar memberi kebenaran kepada AFF untuk membenarkan peminat masuk ke stadium dengan jumlah terhad atau sebaliknya.

Jika hanya pihak tertentu sahaja yang dibenarkan untuk hadir ke stadium, ia adalah satu tindakan yang kurang baik dan tidak adil buat peminat lain mendapat layanan double standard.

Pihak berkenaan perlu segera tampil membuat penjelasan mengenai perkara ini supaya tiada kekeliruan yang berlaku.