Bisa jadi saya akan terus kekal bersama Sabah FC, saya banyak terima sokongan dari kelab – Saddil Ramdani

581

Pemain sayap Indonesia, Saddil Ramdani memberi bayangan kuat beliau akan terus kekal di Liga Super bersama Sabah FC musim depan.

Beliau berkata, walaupun tawaran dari Eropah masih ada, beliau menerima banyak sokongan untuk terus kekal bersama pasukan itu.


“Buat masa sekarang boleh jadi saya akan terus kekal di Sabah lagi untuk musim depan kerana apa pun yang berlaku saya sentiasa menerima sokongan daripada ketua jurulatih, Ong Kim Swee.

Selain itu, saya juga menerima sokongan daripada presiden (Bung Mokhtar), Firdaus (CEO), Marzuki (pengurus) dan pemain lain untuk kekal,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Saddil berkata beliau mahu fokus kepada kejohanan Piala AFF terlebih dahulu sebelum memuktamadkan perkara itu.

Dalam pada itu, beliau berkata tidak mahu terlalu berfikir mengenai persiapan menentang Thailand dan hanya akan mengikut apa yang diarahkan oleh ketua jurulatih, Shin Tae-yong.

“Setiap pemain yang ditugaskan oleh jurulatih akan memberi yang terbaik, harapan kami dapat tampilkan persembahan yang baik menentang Thailand nanti.

Kami harus bermain dengan lebih kompak lagi dan juga lebih yakin pada perlawanan seterusnya.”

Saddil juga berkata beliau amat bersyukur dapat mencatat kemenangan besar ke atas Brunei dalam perlawanan sebentrar tadi.

Indonesia menang besar 7-0 hasil jaringan Syahrian Abimanyu, Dendy Sulistyawan, Egy Maulana Vikri, Ilija Spasojevic, Ramadhan Sananta, Marc Anthony Klok dan Yakob Sayuri.