Walaupun orang tak pandang kami, apabila buat kerja ikhlas pasti ada kejayaan – Faisal Halim

2,050

Kapten skuad kebangsaan, Faisal Halim berbangga dengan persembahan rakan-rakannya sehingga berjaya mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas Singapura sebentar tadi.

Menurutnya, walaupun pada awalnya tidak ramai yang menjangkakan mereka mampu melangkah ke separuh akhir, semua pemain berjaya membuktikan kemampuan pasukan ini.


“Walaupun orang tak pandang kita, saya cakap kepada rakan-rakan lain apabila kita buat kerja ikhlas pasti ada kejayaan untuk kita.

Bayangkan kalau kita mampu bertahan macam pasukan lain seperti Vietnam dan Indonesia yang sudah bersama sejak dua tiga tahun lalu, kita hanya sebulan bersama, itulah rezeki,”

katanya.

Dalam pada itu, Faisal berkata beliau tidak kisah jika dirinya tidak menjaringkan gol asalkan menunjukkan permainan yang baik dan pasukan berjaya mencatatkan kemenangan.

Menentang Thailand selepas ini, beliau berkata akan menuntut rakan-rakan untuk lebih berdisiplin dan bersiap sedia dengan cabaran penyandang juara itu.

“Harapan saya bermain di laman sendiri Sabtu ini dapat bekalan untuk dibawa ke Thailand.

Kita tahu mereka bukan pasukan yang calang-calang tetapi saya percaya dengan rakan-rakan dan jurulatih.”

Tambahnya, beliau bangga dapat merealisasikan hasratnya untuk membanggakan Kim Pan-gon selepas kekecewaan tewas kepada Vietnam sebelum ini.

Kemenangan ke atas Singapura sebentar tadi menyaksikan Malaysia menamatkan saingan kumpulan B di tangga kedua, sekaligus menempah tiket ke separuh akhir bertemu juara kumpulan A, Thailand.