Ada pemain Singapura yang nak menari malam ini, tapi ‘this is Bukit Jalil’ – Safawi Rasid

5,082

Kapten Harimau Malaya, Safawi Rasid menghargai sokongan lebih 65,000 penyokong Malaysia yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini walaupun pada hari bekerja.

Menurutnya, beliau gembira dapat memastikan pasukan Singapura tidak dapat berpesta di ‘rumah’ pasukan negara itu.


“Ada pemain dari Singapura yang nak menari malam ini, tetapi ini adalah Bukit Jalil, jadi mereka tak boleh buat.

Ini juga adalah bantuan daripada jurulatih yang memberi motivasi kepada para pemain, kita bukan menang kecil, bukan mudah nak jaringkan empat gol,”

katanya.

Beliau berkata, mereka akan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk menentang Thailand selepas ini dan percaya dengan percaturan yang akan disusun oleh barisan jurulatih.

Beliau juga berterima kasih kepada rakan sepasukan yang membolehkan dirinya mencatat lima bantuan gol dalam kejohanan setakat ini.

“Ini bantuan dari rakan yang selalu menyokong saya, disebabkan itu saya berjaya dapat lima bantuan gol.

Saya bangga dengan diri saya, walaupun saya dah lama tak main tapi dalam kejohanan ini saya nak dapatkan kembali prestasi saya.”

Katanya, tekanan yang dirasai pada perlawanan malam ini ibarat perlawanan akhir kerana merupakan misi hidup mati.

Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas Singapura hasil jaringan Darren Lok, Sergio Aguero dan dua jaringan Stuart Wilkin.