Dominic Tan akui gandingan bersama Sharul Nazeem semakin baik

650

Pertahanan Harimau Malaya, Dominic Tan percaya gandingannya dengan Sharul Nazeem semakin baik daripada satu perlawanan ke satu perlawanan.

Menurutnya, sesi latihan dan beberapa perlawanan bersama menjadikan persefahaman mereka lebih baik.


“Sudah tentu setiap perlawanan memberi pengalaman yang baik kepada kami untuk menjadi lebih baik, kami harap akan terus meningkat selepas ini.

Sesiapa pun yang turun itu terpulang kepada jurulatih, ia tidak menjadi masalah untuk saya,”

katanya.

Beliau berkata, mereka harus membawa prestasi yang ditampilkan ketika menentang Singapura sebelum ini ketika bertemu juara bertahan, Thailand.

Beliau mengakui tidak mudah untuk berlawan pasukan yang hebat seperti Thailand tetapi percaya sokongan para penyokong mampu membantu mereka.

“Kita semua tahu Thailand adalah satu pasukan yang bagus dan kuat, tetapi semua pasukan ada kelemahan dan kekuatan mereka jadi kena buat yang terbaik.

Amat baik sekiranya dapat suasana yang hebat di stadium seperti sebelum ini, penyokong memang amat membantu kami berdepan cabaran Singapura sebelum ini.”

Beliau bertekad akan menampilkan prestasi yang terbaik sekiranya dipilih untuk perlawanan Sabtu ini.

Malaysia akan bertemu Thailand untuk separuh akhir pertama Piala AFF pada Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 8.30 malam.