Semua pemain dalam skuad ini bijak, mudah faham apa yang saya mahu terapkan – Kim Pan-gon

1,491

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon memuji pemainnya sebagai bijak yang amat membantu tugasnya dan barisan kejurulatihan yang lain.

Katanya, mereka semua senang memberi kerjasama dan tidak sukar untuk memahami apa yang beliau mahu terapkan.


“Pemain kami semuanya bijak mereka senang menyesuaikan diri dan tidak sukar untuk bagi mereka faham sesuatu.

Untuk perlawanan menentang Thailand, staf sudah melakukan analisis lawan dan kami akan berikan segala informasi kepada pemain,”

katanya.

Menurutnya, beliau menghormati pasukan Thailand yang berada di ranking yang lebih tinggi tetapi tetap percaya kemampuan anak-anak buahnya.

Menurutnya, semua pemain sudah bersedia dari segi mental serta fizikal untuk perlawanan esok, dan teruja untuk turun bermain.

“Para pemain kini telah ‘recover’ dengan baik daripda perlawanan sebelum ini, mereka juga mempunyai motivasi yang tinggi untuk perlawanan esok.

Kami menghormati pasukan Thailand, mereka adalah satu pasukan yang hebat tetapi kami akan bermati-matian untuk perlawanan esok.”

Dalam pada itu, beliau tidak merasakan kekuatan Thailand sedikit terjejas kerana tidak mempunyai beberapa pemain utama seperti Chanathip Songkrasin.

Menurutnya, pemain-pemain lain yang ada dalam skuad itu juga mempunyai kekuatan tersendiri dan mampu membawa perubahan.