TMJ memang banyak bantu KBS – Hannah Yeoh

1,334

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyambut baik niat murni Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menawarkan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) untuk Harimau Malaya.

Beliau mengakui TMJ banyak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam meningkatkan tahap bola sepak negara.


“Kita memang sambut baik tweet TMJ (berkenaan tawaran Harimau Malaya menggunakan SSI).

Baginda memang banyak bantu KBS,”

katanya kepada wartawan.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan melakukan satu inisiatif bagi ‘menggantikan’ 21,000 tempat duduk yang tidak dapat dijual untuk perlawanan Malaysia menentang Thailand esok.

“Tunggu saja pengumuman daripada KBS hari ini mengenai infrastruktur tambahan.”

Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya menjual 59,000 tiket untuk perlawanan sepatuh akhir Piala AFF di Bukit Jalil esok.

Ia kerana terdapat kawasan yang ‘dikosongkan’ kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang sedang dalam proses pemasangan.

Hannah sebelum ini berkata, sewaan padang itu untuk konsert Jay Chou telah dibuat 13 Mac 2019 manakala AFF 2022 oleh FAM dibuat 18 Ogos 2022.