Malaysia tidak menjadi malam ini tapi menang, kami dominasi perlawanan tapi tewas – Alexandre Polking

1,262

Ketua jurulatih Thailand, Alexandre Polking kecewa pasukannya gagal mendapatkan kemenangan menentang Malaysia selepas mendominasi perlawanan.

Menurutnya, adalah penting untuk pasukannya mendapatkan gol pada hari ini kerana mereka bermain dengan baik, namun nasib tidak menyebelahi mereka.


“Hari ini segala-galanya tidak menjadi buat Malaysia tetapi mereka berjaya mencatatkan kemenangan, mereka memang bermain dengan baik cuma hari ini kami mendominasi perlawanan.

Kami memegang bola, lakukan lebih percubaan tetapi pada akhirnya Malaysia yang menang, kami tidak patut kalah pada malam ini,”

katanya,

Menurutnya, Thailand seharusnya mengambil peluang pada malam ini kerana perlawanan selepas ini mereka mungkin tidak akan mendominasi lagi perlawanan seperti  malam ini.

Beliau bagaimanapun berkata, perjalanan masih belum tamat untuk Thailand, dan percaya anak buahnya mampu bangkit.

“Ia masih belum tamat, selepas ini kami akan main di laman sendiri pula, kami ada pelan dan saya tahu pemain saya ada kualiti sendiri, di samping penyokong yang akan berikan semangat kepada kami.

Walaupun hanya 1-0 ia bukan keputusan yang mudah untuk kami bangkit kerana mereka juga bagus dalam serangan balas.”

Dalam pada itu, beliau memberi pujian kepada penyokong Malaysia yang memberi suasana yang amat hebat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Malaysia berjaya menewaskan Thailand 1-0 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF menerusi jaringan Faisal Halim.