Gol kedua Malaysia tidak patut dibatalkan, ia boleh beri kita kelebihan yang besar – Lee Tuck

590

Pemain tengah kebangsaan, Lee Tuck kecewa kerana merasakan gol kedua Malaysia ketika menentang Thailand sebentar tadi tidak sepatutnya dibatalkan.

Menurutnya, gol tersebut sepatutnya boleh memberi kelebihan yang amat besar kepada Malaysia menjelang perlawanan timbal balik Selasa ini di Thailand.


“Saya tonton gol kedua kami tadi dan saya rasa ia tak patut dibatalkan, jika kami dapat gol itu ia boleh menjadi kelebihan yang besar kepada kami.

Tetapi apa yang penting malam ini adalah mereka tidak berjaya menjaringkan gol kerana kelebihan jaringan di tempat lawan boleh memberi pengaruh besar,”

katanya.

Beliau menjangkakan Thailand akan bermain seperti hari ini pada perlawanan seterusnya, akan mencuba untuk mendominasi perlawanan dan memastikan Malaysia sentiasa bertahan.

Beliau menjangkakan perlawanan seterusnya di Thailand tidak akan mudah tetapi berharap mereka berjaya memastikan gawang tidak dibolosi sekali lagi.

Sementara itu, Stuart Wilkin menganggap semanagat berpasukan yang tinggi berjaya memastikan Malaysia tidak dibolosi malam ini walaupun diserang bertubi-tubi.

Katanya, ‘clean sheet’ yang dicatatkan malam ini amat penting kerana ia memastikan Thailand tidak mempunyai kelebihan ketika bermain di gelanggang sendiri.

“Malam ini satu perlawanan yang sukar, mereka memegang bola tetapi kami gunakan sedikit peluang yang kami ada dan mendapatkan gol.

Thailand memang cuba untuk memberi tekanan kepada kami tetapi kami berjaya bertahan dengan baik dengan kerjasama berpasukan.”

Menurutnya, Malaysia harus berhati-hati apabila bermain di Thailand kerana beliau menjangkakan lawan itu akan bermati-matian menyerang.

Jelasnya, Malaysia harus mengambil peluang menyerang balas dan menjaringkan gol dengan peluang yang ada.