Saya tak kisah kalau tak main lepas ini, yang penting kita ke ‘final’ – Sharul Nazeem

6,714

Pertahanan kebangsaan, Sharul Nazeem tidak kisah sekiranya dirinya tidak diturunkan pada perlawanan separuh akhir kedua dan menyerahkan perkara itu kepada ketua jurulatih, Kim Pan-gon.

Menurutnya, apa yang penting adalah Malaysia layak ke perlawanan akhir dan berharap sesiapa saja yang diturunkan akan memberikan yang terbaik.


“Kita perlu recover dengan cepat selepas perlawanan malam ini kerana perlawanan seterusnya hanya dalam masa tiga hari saja.

Memang hari ini sangat penat, tapi kita perlu kekal bersedia. Sesiapa saja yang diturunkan pada perlawanan seterusnya harus berikan terbaik,”

katanya.

Menurut Sharul, mereka tidak boleh bertahan sepenuhnya pada perlawanan seterusnya dan harus mencari gol bagi memberi tekanan kepada Thailand.

Katanya, semua pemain harus fokus dalam 90 minit bagi memastikan mereka tidak dibolosi seperti hari ini.

“Pemain kena bersedia untuk terima asakan dari Thailand, sesiapa saja yang bermain harus fokus selama 90 minit.

Kita akan lihat apa pelan jurulatih, jika kita dapatkan gol di sana ia amatlah bagus.”

Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan 1-0 pada perlawanan sebentar tadi hasil jaringan Faisal Halim.

Separuh akhir kedua akan dilangsungkan di Stadium Thammasat, Bangkok pada Selasa ini.