Kerjasama antara KBS dan kerajaan negeri Sarawak mampu lahirkan lebih ramai atlet berkelas dunia
Hannah Yeoh, Menteri Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri Sarawak untuk melestarikan perpaduan dalam sukan dan komuniti belia.
Menurutnya, perpaduan dan kepelbagaian budaya yang ada di negeri Sarawak sangat tinggi dan kementerian perlu melihat ini sebagai satu mekanisme baharu yang boleh diterapkan dalam pembangunan belia dan sukan.
Sarawak yang dikenali sebagai pengeluar utama tepung sagu dan lada, ia juga terkenal dengan “kilang” atlet yang banyak mengharumkan nama Malaysia.
Salah satunya adalah Ratu Terjun Negara, Pandalela Rinong Pamg. Beliau banyak menyumbang pingat negara dan menaikkan bendera Malaysia dalam acara terjun di banyak kejohanan peringkat Asia Tenggara bahkan dunia.
Antara kejohanan sukan yang beliau sertai adalah Sukan Olimpik, FINA Diving World Cup, Sukan Asia, Sukan Komanwel, Sukan Sea dan lain-lain lagi.
Selain itu, beberapa nama atlet paralimpik yang berasal dari Sarawak juga berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Antaranya adalah Bonnie Bunyau Gustin, pemenang pingat emas di Kejohanan Angkat Berat Para Dunia 2021 di Bangkok, Thailand.
Dan banyak lagi atlet-atlet Sarawak yang mengharumkan nama Negara dan memecahkan pelbagai rekod di setiap kejohanan peringkat dalam dan luar negara.
Ini membuktikan bahawa Sarawak tidak hanya kaya dengan keindahan flora dan fauna, tetapi ia juga menyimpan jutaan permata dengan bakat yang luar biasa dari anak-anak muda Sarawak.
Semoga dengan kerjasama diantara KBS dibawah pentadbiran Hannah Yeoh dan kerajaan negeri Sarawak dapat membuka lagi peluang bakat-bakat muda Sarawak untuk dikembangkan dan mencipta prestasi demi mengharumkan nama Malaysia dan Sarawak di persada dunia.