Komen cara Malaysia main di Piala AFF, pendapat Khalid Jamlus di salah erti sesetengah pihak

3,660

Persembahan skuad kebangsaan Malaysia sepanjang kempen Piala AFF 2022 ini telah mencetuskan pelbagai reaksi serta kritikan daripada banyak pihak.

Bekas penyerang kebangsaan Muhammad Khalid Jamlus antara individu yang lantang bersuara mengenai persembahan permainan Harimau Malaya sepanjang Piala AFF berlangsung.


Komen Khalid mengenai aksi skuad negara sering disalah erti oleh sesetengah pihak dan ini perkara ini berlaku mungkin kerana komen yang diberikan oleh beliau tampak sedikit kasar.

Pendapat yang beliau lontarkan tidak dapat diterima dengan baik oleh sesetengah pihak dan ada daripada mereka cuba untuk memanipulasikan pendapatnya.

Hal tersebut telah membuatkan Khalid berang kerana niatnya hanya ingin memberikan pendapat tentang persembahan skuad negara bukannya untuk menghentam mereka.

Terdapat beberapa perlawanan di mana skuad negara beraksi kurang baik dan pendapat yang Khalid utarakan adalah betul.

Beliau berpendapat yang ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon gagal untuk membentuk formasi serta sistem yang baik terutama ketika perlawanan peringkat kumpulan menentang Vietnam.

Bukan Khalid seorang sahaja yang memberi pendapat tentang taktial Pan-gon, terdapat beberapa individu lain turut memberi pendapat yang sama terutama selepas Malaysia tewas 3-0 (agregat 3-1) kepada Thailand dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF semalam.

Malah, Pan-gon sendiri turut mengakui pekara yang sama pada sidang media selepas tamat perlawanan yang mana beliau meletakkan seluruh kesalahan kepada dirinya selepas menyaksikan kempen skuad negara kandas di separuh akhir.

Beliau turut menyatakan yang pemain sudah melakukan yang terbaik tetapi kesalahan percaturan serta taktikal dari pihak beliau telah menyebabkan skuad Harimau Malaya tewas.

Tidak semua pendapat yang dilontarkan itu salah meskipun cara penyampaian itu agak kasar dan ada ketikanya cara penyampaian yang sebegini lebih memberi kesan.

Diharap akan ada lebih ramai indvidu yang boleh melontarkan pendapat seperti Khalid agar bola sepak tempatan lebih maju di masa hadapan.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen