Selangor FC lepaskan Caion, adakah Ifedayo akan kembali sarung jersi Merah Kuning?
Selepas Selangor FC mengumumkan Daikin Malaysia Sales and Service Sdn Bhd sebagai rakan rasmi platinum untuk musim 2023, mereka telah sah telah melepaskan pemain penyerang, Herlison Caion.
Perkara ini disahkan selepas pasukan KL City FC telah mengumumkan Caion sebagai pemain baru skuad The City Boys untuk musim 2023.
Walaupun Caion masih mempunyai kontrak bersama Selangor untuk musim 2023, nampaknya ketua jurulatih Tan Cheng Hoe tidak mahu lagi menggunakan khidmat pemain dari Brazil itu walaupun berjaya menjaringkan 24 gol dalam 33 penampilannya.
Selain Caion, skuad Gergasi Merah Kuning itu terlebih dahulu melepaskan penyerang tempatan Shahrel Fikri yang berhijrah ke Negeri Sembilan FC, sekaligus membuatkan mereka kini tiada pemain penyerang tulen.
Peminat kini mula tertanya-tanya perancangan Cheng Hoe samada beliau akan kembali membawa masuk bekas penyerang terbaik mereka iaitu Ifedayo Olesegun (pemenang kasut emas musim 2021) atau pun membawa masuk penyerang baru yang lebih berkualiti.
Ini kerana Ifedayo ketika ini masih lagi available selepas kelabnya Melaka United FC sah tidak akan beraksi dalam saingan Liga Super musim 2023 dek masalah kewangan.
Semua sedia maklum dengan percaturan Cheng Hoe yang gemar untuk menggunakan formasi 4-3-3 dimana beliau akan mempertaruhkan seorang penyerang sebagai top striker.
Jurulatih berusia 54 tahun ini gemar memilih penyerang yang mempunyai ability dan fizikal yang kuat untuk diletakkan sebagai top striker.
Ketika menjadi ketua jurulatih skuad kebangsaan, beliau telah memilih Guilherme de Paula sebagai pilihan utama mengemudi bahagian serangan.
Ini menunjukkan bahawa taktikal beliau selama ini adalah dengan meletakkan seorang strong striker dibantu dengan pemain sayap yang lincah dan pemain tengah yang versatile yang dapat memberikan hantaran berkualiti untuk penyerang menjaringkan gol.
Cheng Hoe sudah pun membawa masuk dua tiga pemain baru iaitu V. Ruventhiran (pertahanan & sayap kiri), Faisal Halim (sayap kiri/kanan, attacking midfield) dan Khuzaimi Piee (pertahanan & sayap kiri) yang mana ketiga-tiga pemain ini bukan sahaja mampu bermain di beberapa posisi, tetapi juga mampu melakukan hantaran berbisa dan menjaringkan gol.
Melihat pada rekod sebelum ini, Cheng Hoe dilihat gemar memilih penyerang berasal dari Brazil, jadi adakah beliau akan membawa penyerang baru dari negara Amerika Selatan kali ini atau sebaliknya?
Namun begitu, pemain-pemain sebelum ini semuanya berasal dari Brazil. Adakah Tan Cheng Hoe akan membawa penyerang import dari Brazil juga kali ini?
Sama-sama kita nantikan.