Boleh saja penyerang tempatan bersaing dengan penyerang import, semua ada dua kaki – Aqil Hilman

789

Penyerang Kelantan United FC, Aqil Hilman bersedia untuk bersaing dengan pemain import bagi merebut posisi dalam pasukan.

Menurutnya, pemain tempatan juga sama sahaja seperti pemain import, dan siapa yang bekerja dengan keras pasti akan mendapatkan hasilnya.


“Boleh saja penyerang tempatan nak bersaing dengan penyerang import, kedua-duanya sama ada dua kaki.

Yang penting kena berlatih dan berusaha dengan lebih, serta sentiasa tingkatkan tahap permainan untuk bersaing,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Menurut Aqil, walaupun menerima tawaran untuk melanjutkan kontrak bersama Perak FC, beliau membuat keputusan untuk pulang ke negeri kelahirannya, Kelantan selepas lima tahun berkelana di luar.

Katanya, beliau yakin dengan persiapan pasukan itu dengan gabungan pemain berpengalaman serta pemain muda di bawah kendalian ketua jurulatih, Tomas Trucha.

“Pemain senior banyak bantu pemain muda dalam pasukan ini, mereka banyak beri tunjuk ajar dan saya juga harus belajar banyak perkara daripada mereka.

Buat masa ini saya boleh mengikuti cara jurulatih tetapi kena kerja keras lagi untuk jadi lebih baik, saya pun masih muda lagi jadi kena berikan lebih lagi.”

Beliau memasang impian untuk menjaringkan gol sebanyak yang mampu pada saingan Liga Super akan datang.

Beliau bertekad mahu membuktikan kemampuannya sekiranya diberikan peluang oleh jurulatih.