Tunggu dulu! Belum ada sebarang keputusan dari FAM jika Melaka United FC dan Sarawak United FC ingkar arahan langsaikan tunggakan gaji
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman memberitahu pihaknya akan mengumumkan tindakan selanjutnya terhadap Melaka United FC dan Sarawak United FC jika isu tunggakan gaji masih tidak selesai.
Menurut Noor Azman, pihaknya sudah pun mengarahkan kedua-dua kelab tersebut selepas Mesyuarat Jawatankausa Status berlangsung baru-baru ini.
“Perkara itu sudah masuk dalam Mesyuarat Jawatankuasa Status dan kita sudah masukkan tuntutan-tuntutan pemain Melaka United dan Sarawak United. Kita juga sudah mengarahkan mereka untuk membayar.
Jika masih ingkar, kita akan umumkan tindakan selanjutnya nanti,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Terdahulu, bekas pemain Sarawak United dan ketua jurulatih B. Sathianathan telah mendedahkan pengurusan kelab masih lagi gagal melunaskan tunggakan gaji sehingga empat bulan.
Berikutan itu, ramai pemain yang berada dalam keadaan tertekan apabila sering dikejar pihak bank dan ada juga terpaksa menjual rumah demi kelangsung hidup.
Sehingga kini kedua-dua kelab itu masih lagi berdiam diri dan tidak dari memberi sebarang penjelasan walaupun mereka sudah menyuarakan mengenai isu tersebut kepada pihak pengurusan tetapi ia kelihatan seperti mereka mahu ‘lepas tangan’ dalam isu tersebut.
Disebalik masalah tunggakan gaji, Melaka telah menubuhkan sebuah lagi kelab yang dikenali sebagai Melaka FC yang mana mereka dijangka akan beraksi dalam saingan liga semi-profesional Liga M3.
Sarawak United juga sudah disahkan akan turut beraksi dalam Liga M3 pada musim hadapan selepas tidak berjaya memperolehi Lesen Kebangsaan daripada Malaysian Football League (MFL).
Apa nasib pemain dari kedua-dua kelab ini? Adakah nasib mereka akan terbela atau sebaliknya?
Diharap pihak FAM dapat membantu dengan membuat keputusan tegas bagi memastikan segala tunggakan gaji pemain kedua-dua kelab ini dalam diselesaikan segera.