Semua keluar tapi saya masih berada di sini! Inilah De Paula kita!

3,114

Kurang sebulan sahaja lagi Liga Super akan membuka tirainya dan pada ketika ini kesemua pasukan sedang sibuk melakukan persiapan bagi membentuk pasukan yang terbaik.

Begitu juga dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sibuk menguruskan kemasukkan pemain baru serta penghijrahan pemain-pemain ke kelab yang baru secara pinjaman dan tetap.


Antara pemain-pemain JDT yang berhijrah ke kelab lain secara pinjaman untuk memulakan cabaran baru ialah Safawi Rasid (Rathcaburi FC), Liridon Krasniqi (Khon Kaen United), Daniel Ting (Sabah FC), Junior Eldstal (PT Parachuap FC) dan Izham Tarmizi (Sri Pahang FC).

Tatkala ramai pemain yang berhijrah, terdapat seorang pemain yang begitu setia bersama JDT iaitu Guilherme de Paula.

Ramai peminat mula mempersoalkan tentang kelibat De Paula sejak beliau menyarung jersi JDT kerana mereka jarang dapat melihat aksinya.

Minit permainan beliau bersama Harimau Selatan itu juga turut menimbulkan kerisauan kerana jarang dapat beraksi.

Terdahulu, pemain naturalisasi negara itu menyertai JDT pada Mei 2021 dan sepanjang bersama kelab beliau hanya berjaya membuat lima penampilan sahaja.

Kesemua penampilannya itu hanya masuk sebagai pemain gantian dan kebanyakkanya di hujung minit permainan dan sepanjang lima perlawanan tersebut beliau hanya bermain selama 35 minit sahaja.

Meskipun kurang mendapat minit permainan, berkemungkinan pemain berasal dari Brazil mempunyai peranan yang berbeza di JDT.

Mungkin peranannya itu berada di luar jangkaan peminat, di mana auranya sebagai seorang pemain senior boleh mempengaruhi bilik persalinan JDT serta memberi semangat untuk pemain beraksi dengan baik.

Penyerang berusia 36 tahun itu juga mungkin mempunyai semangat juang yang tinggi serta sifat kepimpinan yang bagus sehingga dapat memberi impak positif kepada rakan sepasukan.

Mungkin sebab itu juga beliau masih lagi kekal bersama JDT untuk mengharungi musim baru Liga Super nanti.

Diharap De Paula akan terus mempamerkan aksi yang terbaik untuk JDT tidak kira sama ada di luar ataupun dalam padang.

Semoga berjaya buat De Paula untuk musim 2023 bersama JDT.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen