Jatuh cinta dengan KL City FC lepas hadir ke stadium ‘kosong’, air mata jatuh ketika jadi juara Piala Malaysia – Abdul Afiq
Setiap kelab bola sepak sudah pasti mempunyai peminat istimewa mereka tersendiri begitu juga dengan Kuala Lumpur City FC (KL City) yang mempunyai peminat istimewa mereka iaitu Abdul Afiq atau lebih mesra dipanggil sebagai Aan.
Beliau merupakan seorang peminat KL City sejak tahun 2018 di mana ketika itu kelab tersebut baru sahaja dipromosi ke Liga Super daripada Liga Premier.
Namun, Aan menjelaskan yang dirinya mula meminati bola sepak tempatan selepas menonton perlawanan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 2013.
Selepas pada itu, beliau mula turun ke stadium pada 2018 untuk menonton perlawanan melibatkan KL City.
Aan turut meluahkan kekecewaanya selepas menghadiri perlawanan itu apabila melihat stadium kosong dan tidak ramai penyokong yang hadir untuk memberi sokongan.
Disebabkan itu, Aan mula jatuh cinta dengan KL City dan jiwanya turut berada di kelab itu sehingga beliau sanggup datang setiap perlawanan ke stadium untuk memberi sokongan.
“Kecewa ada tapi lepas itu dah tak ada sebab saya faham kenapa situasi ini berlaku.
“Disebabkan itu saya terus jatuh cinta kepada pasukan KL City.”
Katanya kepada Harimau Malaya
Pemuda berasal dari Kuala Lumpur itu turut berkata yang beliau rasa tercabar apabila melihat penyokong pasukan lain boleh hadir ke stadium kenapa dirinya tidak boleh hadir.
Kerana itu, Aan sentiasa hadir ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan The City Boys itu tidak kiralah samada pasukan itu tengah hebat ataupun tidak.
Walaupun jumlah penonton tidak ramai hadir ke stadium ianya tidak mematahkan semangat beliau untuk hadir memberi sokongan.
Selain itu, beliau turut berkongsi perasaanya apabila melihat KL City memenangi Piala Malaysia 2021 setelah menumpaskan JDT 2-0 merupakan antara kenangan yang manis buat dirinya sehingga hilang kata-kata.
Aan turut menyatakan yang dirinya mengalirkan air mata sebaik sahaja melihat jaringan kedua KL City dijaringkan oleh Paulo Josue.
KL City sebelum itu hanya dipandang sepi dan ramai orang memandang rendah terhadap kelab itu tetapi segalanya berubah selepas memenangi Piala Malaysia.
Beliau juga turut mendedahkan yang dirinya menonton setiap perlawanan Piala Malaysia sepanjang kejohanan itu berlangsung.
Aan juga turut menjangka yang KL City akan menjulang piala tersebut.
“Saya tidak pernah miss satu perlawanan, saya hadir semua perlawanan Piala Malaysia.
“Saya jangka akan memang sebab saya tidak pernah pandang rendah pasukan saya sendiri.”
Sementara itu, apabila ditanya mengenai kejayaan KL City di Piala AFC 2022, Aan sememangnya sudah menjangka yang pasukan KL City akan mara ke perlawanan akhir.
Beliau berpendirian jikalau pasukan lain mampu lakukan mengapa tidak KL City dan hasilnya pasukan itu berjaya mara ke perlawanan akhir serta muncul sebagai naib juara setelah tewas Al-Seeb 3-0.
Walaupun kalah Aan tetap bangga dengan KL City kerana satu Asia sudah mengenali KL City impiannya untuk melihat pasukan itu main di Piala AFC akhirnya tercapai.
Tambahnya, suasana di stadium juga amatlah tidak dijangka terutama ketika perlawanan menentang PSM Makassar yang menyaksikan KL City menang dengan agregat 5-2.
Dalam pada itu, Aan turut berbicara mengenai pasukan kebangsaan di mana beliau mula menyokong pasukan negara sejak dari 2018 ketika perlawanan Sukan Asia Tenggara (SEA).
Beliau berpendapat yang ketua jurulatih negara Kim Pan-gon telah melakukan perubahan serta kebaikan untuk pasukan Harimau Malaya terutama dari segi corak permainan.
Aan juga menyatakan yang Pan-gon perlu berkongsi idea dengan jurulatih tempatan untuk mencari konsistensi yang baik dalam pasukan.
Sementara itu, beliau juga berharap terutama golongan muda agar terus menyokong bola sepak tempatan serta pasukan kebangsaan tidak kiralah sama ada hadir ke stadium ataupun menonton dari rumah.