Jangan letak tekanan kepada pemain, beri mereka peluang buktikan diri – Ramon Marcote

254

Pembantu jurulatih Selangor FC, Ramon Marcote menasihati para penyokong supaya tidak meletakkan tekanan kepada pemain pada peringkat awal.

Katanya, penyokong harus memberi mereka ruang dan peluang untuk membuktikan diri terlebih dahulu serta mendapatkan keyakinan.


“Tolonglah jangan letakkan tekanan kepada para pemain terlebih dahulu, beri mereka peluang untuk tunjukkan kemampuan mereka.

Saya percaya semua pemain akan cuba lakukan yang terbaik untuk bawa kejayaan kepada kelab,”

katanya.

Beliau juga berkata, pemain tempatan dan import kedua-duanya adalah sama dan peminat tidak boleh letakkan harapan yang lebih kepada pemain import

Menurutnya, sama ada pemain import atau tempatan, semuanya perlu memberikan yang terbaik untuk membawa kejayaan kepada kelab.

“Tidak semestinya import sahaja, semua pemain pastinya mempunyai tekanan sendiri terutama bermain dengan kelab besar seperti Selangor.

Kami di barisan kejurulatihan juga akan lakukan yang terbaik untuk pemain dan juga kelab.”

Marcote secara rasmi diumumkan sebagai pembantu jurulatih Selangor yang baru awal bulan ini, dan akan bekerjasama dengan Nidzam Jamil.

Untuk rekod, pada tahun 2015 beliau pernah bekerjasama dengan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe di Kedah Darul Aman FC.

Beliau kemudian dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan selama beberapa bulan pada penghujung 2017.