Penonton beratur panjang, pengurursan KL City FC perlu memperbaiki cara penjualan tiket

884

Semalam telah berlangsung satu perlawanan persahabatan pra-musim membabitkan KL City FC menentang Terengganu FC (TFC) yang menyaksikan perlawanan tamat dengan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan 0-0.

Tetapi apa yang menarik perhatian semalam ialah jumlah kehadiran penyokong yang ramai hadir ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras meskipun perlawanan tersebut hanya perlawanan persahabatan.


Situasi seperti ini amat jarang dilihat pada perlawanan pra-musim membabitkan pasukan KL City, tetapi kini sudah mula berubah apabila semakin ramai peminat yang turun ke stadium dan antara faktor lain yang menyaksikan kehadiran ramai penyokong adalah dengan kedatangan penyokong Terengganu yang sememangnya diketahui antara pasukan yang mempunyai mempunyai penyokong yang ramai.

Namun, disebalik kemeriahan itu terdapat satu insiden berlaku di mana penyokong terpaksa beratur panjang untuk dapatkan tiket perlawanan kerana jumlah penyokong yang hadir melebihi jangkaan pihak pengurusan stadium.

Difahamkan juga, pihak kaunter tiket terpaksa menulis secara manual tiket perlawanan itu kerana jumlah penyokong yang agak ramai dengan hanya dua orang sahaja yang menjaga kaunter ketika itu.

Harga bagi tiket perlawanan semalam adalah RM10 bagi umur 19 tahun dan ke atas, RM5 bagi mereka yang berumur tujuh tahun sehingga 18 tahun dan percuma bagi kana-kanak enam tahun ke bawah.

Jadi tidak hairanlah jumlah penyokong yang hadir semalam agak ramai kerana tiket dijual dengan harga yang murah.

Dalam pada itu, insiden ‘gembira’ yang berlaku itu boleh dijadikan sebagai pengajaran buat pengurusan KL City untuk perbaiki cara penjualan tiket pada masa hadapan agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Semua sedia maklum KL City merupakan antara salah sebuah kelab yang mempunyai pengurusan yang cukup profesional, jadi pastinya isu seperti yang berlaku semalam tidak akan timbul lagi selepas ini.

Sejujurnya, insiden terpencil seperti ini tidak menimbulkan kemarahan peminat kerana apa yang berlaku adalah sesuatu yang tidak dijangka kerana semua sedia maklum kehadiran penyokong ke Stadium Kuala Lumpur sangat kecil, jadi apabila tiba-tiba ramai penyokong hadir, ia sedikit sebanyak mencetuskan situasi kelam-kabut.

Disebalik kekalutan yang berlaku, ia memberi petanda positif bahawa semakin ramai orang yang mula memberi perhatian kepada pasukan KL City selepas mereka mengecapi pelbagai kejayaan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Diharap saingan Liga Super nanti jumlah kehadiran penyokong ke Stadium Kuala Lumpur akan terus meningkat sekaligus dapat memeriahkan lagi Liga Malaysia.

Ingat, ini adalah liga kita!

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen