Nik Akif Syahiran berhijrah ke Penang FC demi cari minit permainan

1,812

Pemain muda, Nik Akif Syahiran dedah beliau mengambil keputusan untuk berhijrah ke Penang FC pada musim ini adalah untuk mencari minit permainan.

Nik Akif yang memulakan karier bersama Kelantan FC merupakan prospek skuad B-23 Malaysia yang mana menyaksikan beliau telah menarik minat gergasi Terengganu FC selepas mempamerkan aksi cemerlang.


Bagaimanapun, sejak menyertai skuad Sang Penyu, pemain berusia 23 tahun ini gagal mendapat tempat dan akhirnya dipinjamkan ke kelab Kelantan United FC.

Namun untuk memastikan beliau kembali pada prestasi sebenar, beliau telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Utara tanah air demi mencari minit permainan.

“Ini adalah satu semangat baru untuk saya mencari minit permainan dan membina semula keyakinan untuk dapat kesebelasan utama.

“Ini adalah satu semangat baru untuk saya mencari minit permainan dan membina semula keyakinan untuk dapat kesebelasan utama.

katanya kepada Harimau Malaya.

Menurut Nik Akif, setiap pemain dalam skuad Harimau Kumbang mempunyai kelebihan masing-masing dan cepat dapat keserasian antara pemain sekaligus memberi petanda positif buat pasukan.

Dalam pada itu, selain mahu membantu Penang mencapai keputusan baik dalam kempen Liga Super musim ini, beliau juga mahu meningkatkan kualiti permainannya supaya dapat menarik perhatian ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon.

“Saya dapat ke Penang kerana merasakan ia adalah sebuah kelab yang berbaloi untuk saya sertai untuk saya membina semula karier bola sepak saya.

InsyaAllah jika saya berjaya menjadi tonggak utama pasukan saya akan bermain dengan baik supaya dapat peluang untuk menyarung jersi Malaysia lagi.”