Ramai pemain Brazil cipta kejayaan di KDA FC buat Jonathan Balotelli pilih kelab ini sebagai pasukan barunya musim ini

829

Penyerang import Jonathan Balotelli memberitahu ramai pemain Brazil yang berjaya mencipta nama apabila beraksi bersama pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA) membuatkan beliau juga mahu mencuba nasib dengan menyarung jersi Sang Kenari.

Selain itu, faktor lain yang membuatkan beliau mahu ke Darul Aman adalah kerana Nafuzi Zain yang disifatkan sebagai seorang pengendali yang cukup bagus membuatkan beliau mahu mencabar diri beraksi di Liga Malaysia.


“Saya dapat tawaran daripada coach Nafuzi dan sangat gembira kerana saya ada mengikuti perkembangan bola sepak di Malaysia. Jadi saya mahu ambil peluang ini untuk cabar diri saya.

Antara faktor lain adalah saya tahu ramai pemain Brazil yang bermain di Kedah berjaya mencipta pelbagai kejayaan jadi saya juga mahu mencapai kejayaan itu bersama pasukan Kedah musim ini,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Balotelli diturunkan pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat Piala Harapan yang menyaksikan beliau berjaya membantu pasukannya membenam pasukan Geylang International FC (Singapura) 2-1 termasuk melakukan satu bantuan gol.

Walaupun diturunkan buat pertama kali selepas seminggu bersama pasukan, beliau berpuas hati dengan aksinya dan rakan sepasukan.

“Saya gembira dengan aksi saya hari ini termasuk semakin serasi dengan rakan sepasukan. Walaupun berpuas hati pada perlawanan ini, saya rasa saya masih banyak yang saya perlu perbaiki sebelum saingan Liga Super bermula.”

Pemain berusia 33 tahun ini juga memberitahu bahawa beliau sudah menyesuaikan diri dengan pasukan dan pra-musim yang akan berlangsung di Turki ini akan menjadikan beliau dan rakan sepasukan lebih serasi nanti.

Dalam pada itu, Balotelli menyedari peminat meletak harapan yang tinggi buat dirinya, dan beliau berjanji akan berikan aksi yang terbaik untuk bantu pasukan cipta kejayaan.

“Bukan sahaja untuk peminat tapi saya juga mahu buktikan pada diri sendiri dan berharap dapat menjaringkan banyak gol untuk Kedah musim ini.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen