Orang yang tak tengok ‘game’ akan nampak Perak FC lemah, tiada masalah kalah asalkan pemain tunjuk kesungguhan – Lim Teong Kim

614

Ketua jurulatih Perak FC, Datuk Lim Teong Kim berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya walaupun tewas 3-0 kepada KL City FC pada perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan sebentar tadi.

Menurutnya, para pemain menunjukkan kesungguhan yang tinggi sepanjang perlawanan tetapi kesilapan yang dilakukan menyebabkan mereka melepaskan tiga gol mudah.


“Jika orang hanya lihat keputusan tanpa menonton perlawanan, mereka akan anggap ini adalah perlawanan mudah untuk KL City tetapi kita tak patut tewas dengan jaringan yang besar.

Tetapi ada beberapa positif yang dapat dilihat pada malam ini, kita bermain gaya bola sepak menarik dan kita dapat lihat mereka main bersungguh-sungguh, jadi bagi saya tiada masalah,”

katanya.

Beliau mengakui para pemainnya masih kurang dari segi kematangan dan akan terus memperbaiki segala kelemahan.

Teong Kim bagaimanapun berkata ia adalah satu proses yang tidak boleh berlaku sekelip mata dan memerlukan kesabaran.

“Nak bentuk kematangan pemain tidak boleh dipaksa, tetapi saya berharap mereka akan matang dengan cepat.

Orang tak kisah mereka pemain muda atau kami bermain cantik, mereka akan lihat keputusan, jadi ini yang saya perlu hadapi.”

Sementara itu, beliau berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan pemain import, Christian Obiozor setakat ini.

Beliau berkata, pemain itu sentiasa menunjukkan kesungguhan di atas padang dan beliau percaya gol daripadanya akan datang satu hari nanti.