Safawi Rasid dan Dion Cools makin ‘menggila’ di Thailand, buka pintu kepada lebih ramai pemain Malaysia beraksi di sana

5,371

Kapten pasukan kebangsaan, Safawi Rasid sekali lagi menjadi buah mulut penyokong Ratchaburi FC apabila beliau dilihat semakin disayangi oleh penyokong kelab bola sepak itu.

Safawi yang baru sahaja pulih daripada kecederaan telah menerima sambutan yang luar biasa oleh penyokong Ratchaburi sejurus tamat perlawanan Thai League 1 menentang Nongbua Pitchaya yang menyaksikan kelab itu menang 2-1.


Mereka telah menyanyikan “Sawasdee krab sawasdee krab hey hey Safawi” kepada beliau sebagai tanda pengharagaan kepadanya.

Sejak menyertai Ratchaburi, pemain berusia 26 tahun itu seperti sudah kembali kepada prestasi terbaiknya apabila telah banyak mempamerkan aksi yang cukup cemerlang.

Safawi juga telah mendapat banyak minit permainan sebagai pemain dalam kesebelasan utama pasukan.

Beliau turut membuktikan kemampuan serta kualiti yang ada padanya sehingga berjaya mencuri tumpuan peminat kelab itu.

Ketika debutnya, Safawi hampir menjaringkan gol pertamanya ketika menentang Khon Kaen United dalam saingan Thai League 1 namun, jaringan tersebut dibatalkan oleh Video Asistant Referee (VAR) kerana berada dalam kedudukan ofsaid dan mereka tewas 2-0 dalam perlawanan itu.

Terdahulu, Safawi menyertai Ratchaburi menerusi pinjaman semusim daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan beliau telah berjaya membuat empat penampilan bersama kelab itu.

Selain itu, pemain yang turut mencuri tumpuan dan ‘menggila’ di liga Thailand ialah pemain Buriram United FC, Dion Cools.

Sepanjang beraksi buat Buriram, Cools telah menampilkan aksi yang cukup cemerlang untuk kelab itu.

Pemain pertahanan negara itu juga, turut disukai oleh penyokong kelab itu apabila beliau sering kali mendapat reaksi yang cukup positif setiap kali diturunkan.

Cools juga telah melakukan empat penampilan bersama Buriram iaitu tiga dalam aksi liga, satu penampilan dalam Piala Thai 2023 dan kesemuanya dalam kesebelasan utama pasukan.

Hasil daripada empat penampilan tersebut, pemain berusia 26 tahun itu telah berjaya memenangi ‘Thai League 1’s Team of the Week’ selepas beliau membantu pasukannya menang 3-0 ke atas Sukhothai FC dalam saingan Thai League 1.

Cools juga berjaya memenangi ‘Thai League 1’s Team of the Month’ untuk bulan Januari 2023.

Untuk rekod, Cools menyertai Buriram pada Januari 2023 sebagai pemain bebas selepas kontraknya bersama kelab FK Jablonec telah tamat pada Disember 2022.

Dalam pada itu, apa yang dilakukan oleh Safawi dan Cool ini wajar dijadikan contoh oleh pemain negara yang lain apabila aksi mereka berdua ini boleh menjadi pembuka pintu untuk menarik ramai lagi pemain Malaysia untuk beraksi di sana.

Melihat kepada kehebatan kedua-dua pemain ini, kemungkinan akan ada lebih ramai pemain negara yang akan dipancing oleh kelab Thailand selepas ini.

Tahap kompetitif liga Thailand juga lebih kompetitif berbanding liga Malaysia jadi ia lebih sesuai untuk pemain negara beraksi di sana untuk mengembangkan lagi bakat mereka.

Jika lebih ramai pemain negara beraksi di Thailand ia akan membantu meningkatkan tahap permainan mereka dan pembangunan bola sepak ne

Diharap selepas ini, Safawi dan Cools akan terus mempamerkan aksi yang konsisten untuk kelab mereka pada masa akan datang, supaya lebih banyak kelab Thailand yang berminat untuk membawa pemain Malaysia ke negara itu.