Mudah berurusan dengan Datuk Hamidin, saya hanya perlu WhatsApp saja – Hannah Yeoh

624

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyifatkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai seorang yang sangat mudah untuk bekerjasama dan mudah dihubungi.

Menurutnya, sejak mengenali Hamidin selama tempoh dua bulan, beliau tidak mempunyai masalah untuk berurusan dengannya dan boleh menghubunginya melalui pesanan ringkas untuk berbincang.


“Saya dah kenal beliau selama dua bulan, apa yang saya boleh katakana adalah Datuk Hamidin adalah seorang yang mudah untuk berurusan.

Saya hanya perlu Whatsapp sahaja beliau dan beliau pasti akan balas,”

katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis kesyukuran sempena kejayaan Hamidin dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA baru-baru ini.

Hannah mengharapkan lebih ramai wakil daripada negara ini yang dapat mencontohi Hamidin untuk bertanding di peringkat antarabangsa demi memajukan industri sukan negara.

Sementara itu, beliau memuji kerjasama yang wujud dalam FAM dalam memastikan badan itu dapat mengangkat tahap bola sepak negara.

“Saya lihat kerjasama di dalam FAM itu amat penting, dan bukan itu saja, kita juga dapat lihat hubungan mereka dengan MFL (Malaysian Football League) dalam memastikan kesinambungan dalam arena bola sepak negara.

Apabila saya hadir ke program melibatkan badan tersebut saya dapat lihat semua AJK akan bersama, ia menunjukkan satu perpaduan yang baik.”

Dalam pada itu, Hannah menegaskan bahawa kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk mewujudkan lebih banyak stadium di negara ini, dan akan fokus menambah baik fasiliti yang sedia ada.

Katanya, ia bagi mengelakkan pembaziran apabila banyak stadium yang terbiar begitu sahaja tanpa penyelenggaraan yang baik.